3/9/2017 - Ada Apa ?


3 September 2017 – Secara rasminya aku merupakan mahasiswi Universiti Malaya dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin ( Sejarah dan Tamadun Islam ). Siapa sangka kata-kata seorang sahabat semasa aku di tingkatan 3 menjadi satu kenyataan dan realiti. Pernah disebabkan aku selalu mendapat markah yang agak tinggi dalam subjek Sejarah pada masa itu ( bukan nak riak :D ), ada seorang rakan yang selalu memanggilku pakar Sejarah, tapi pada masa tu aku buat acuh tak acuh saja , sebabnya walaupun aku meminati subjek sejarah tapi tak pernah terlintas di benak fikiran dan bercita-cita untuk menjadi seorang yang mempunyai keahlian dalam bidang sejarah. Hadaf utama pada masa tu nak jadi ahli farmasi ( angan-angan masa ni terlalu tinggi ).

Tapi, semuanya berubah selepas keputusan SPM. Tiada lagi angan-angan yang tinggi melangit . Hanya satu jalan yang aku nampak pada masa tu, STPM. Lalu, jalan STPM kupilih untuk terus belajar dan mengutip ilmu pengetahuan. Walaupun aku ada mendapat tawaran matriks sains dan juga diploma kejuruteraan elektrik, aku tolak sebab aku tahu kemampuan aku dan aku takut untuk kecundang sekali lagi. Dan berdasarkan keputusan SPM aku melihatkan aku lebih kearah sastera ( sejarah dan agama ), maka, kuteruskan dengan STPM , mengambil aliran yang mempunyai mata pelajaran Sejarah. Mulai hari pertama aku jejak kaki di sekolah tempat aku ambil STPM, aku sudah memasang niat dan angan-angan tinggi melangit sekali lagi. Korang nak tahu tak ? okay lah, aku bagitahu. Sebenarnya angan-angan aku selama ni, aku nak merasa jadi best student dekat sekolah, aku nak masuk tv, aku nak masuk surat khabar. – please jangan kata korang tak ada angan-angan macam ni ya – yang pasti setiap pelajar dekat muka bumi ni mesti ada angan-angan macam ni kan. Maka, bermulalah misi demi misi untuk setiap semester bagi aku mengekalkan kecemerlangan. Nak tips ke? Nanti aku buat post khas pasal ni, ok ?

Rasa macam dah panjang pulak intro aku. Ok jadi korang dah Nampak kan macam mana aku boleh masuk ke aliran sejarah ? eh jap sebelum tu sebenarnya sejarah ni bukan pilihan pertama aku tau. Kalau korang nak tahu, masa aku isi UPU , pilihan pertama adalah TASL ( teaching Arabic as second language ) dan pilihan kedua ialah ISED ( Islamic studies education). Kedua-duanya di IIUM. Sejarah dan Tamadun Islam ini merupakan pilihan yang kelima. “Apa yang bagi kita baik tak semestinya baik untuk kita, dan apa yang bagi kita buruk tak semestinya buruk untuk kita”. Tiada rezeki untuk aku bagi menyambung pengajian dalam bidang-bidang di pilihan 1,2,3, dan 4 dan di university-universiti tersebut. Aku yakin ada hikmah kenapa Allah takdirkan aku untuk mendapat pilihan yang kelima daripada 12 pilihan tersebut. Rahsia Allah siapa yang tahu, tapi aku mula sedar dan bersyukur lillah kerana meletakkan aku dalam bidang ini. Allah knows well what I can. Bukti ? Cukup aku yang tahu ! (dah tiba masa nanti aku coretkan )

Kenapa sejarah dan tamadun Islam di Akademi Pengajian Islam dalam senarai pilihan ? Okay ini jawapan aku. Aku lemah dalam sejarah Islam. Jujur aku katakan walaupun dari sekolah rendah sampai ke menengah (walaupun bersekolah agama) , pengetahuan aku tentang sejarah Islam sangat kurang, ilmu pengetahuan bab agama juga kurang. Mungkin sebab dulu aku belajar semata-mata “exam”, manakan ilmu mahu lekat sepenuhnya di dada L . (semua orang ada masa silam masing-masing jangan kecam saya , saya nak berubah !) Jadi, dengan hasrat hati bila aku belajar jurusan ni, aku bukan saja terdedah pada ilmu sejarah saja, tapi aku juga terdedah pada ilmu-ilmu agama yang lain yang bukan punya skop yang satu saja tapi luas. Sebab kedua, aku rasa aku ada “chemistry” dengan subjek sejarah, ni analisis yang aku buat sepanjang aku ambik PMR, SPM dan STPM. Aku tak ada masalah dengan Sejarah ( again bukan nak riak ). Jadi, why not untuk aku carry on ja ? maka, ku teruskan apa yang telah ditakdirkan untuk diri ini.

Jadi, pada tarikh tersebut aku sah sebagai mahasiswa sejarah dan tamadun Islam selama 7 semester ( 3 tahun setengah ). Doakan aku (Nazirah) istiqamah belajar kerana Allah tujuan utama. Doakan aku mampu meneruskan kecemerlangan selama ini. Doakan aku tidak sombong dan riak atas apa yang aku kecapi . Doakan aku tetap berbuat baik kepada semua orang. Terima kasih kerana doakan. Aku doakan semua yang membaca coretan petang ini diberikan kehidupan yang diberkati oleh Allah dan berjaya dunia akhirat. Akhir kata, semoga kita semua dilindungi dari sebarang perkara yang tidak baik yang boleh merosakkan diri kita, aqidah kita,dll. Semoga kita bersua lagi . Bye2 dan assalamualaikum . J

(muka-muka datang awal kelas J )


( we did well our 1st semester )

Comments