DO U GET ANY SCHOLARSHIP ?


TAJAAN
Alhamdulillah keputusan STPM 2016 cukup cemerlang bagi aku. Jadi, mesti ada yang tertanya ada dapat apa-apa tajaan tak ? Buat masa dan detik sekarang ini, belum mendapat tajaan, tapi aku menggunakan pinjaman PTPTN dulu. Doakan ya semoga aku dapat tajaan yang lain yang lebih baik ! tapi sebelum ni, aku ada apply beberapa biasiswa dan pinjaman. Aku akan ceritakan dekat bawah nanti biasiswa dan pinjaman apa serta macam mana prosedur permohonan ataupun temuduga biasiswa tu.

Selepas keluar keputusan STPM dahulu, aku ada mohon biasiswa Yayasan Khazanah (https://www.yayasankhazanah.com.my/ ). Biasiswa YK ni ada banyak jenis, ada yang local dan luar. Dan juga ada biasiswa untuk pelajar luar dari Malaysia. Jadi, kena pilih yang betul. Time apply for this scholarship, as usual you need to fill in the online form and then, there are a lot of document that u need to scan and upload online and beside that u have to write an essay tentang course yang kita akan belajar dan hala tuju ( sorry if I wrong – didn’t remember well ) . Selepas dari tarikh tutup permohonan, tak ingat seminggu selepas or  a month after that, setiap permohonan yang berjaya akan terima emel dari pihak yayasan , yang memberitahu kita berjaya dan layak untuk ke next level which is quiz and just need to wait for another email that will tell to us the next step. A week after the 1st email that we got, we’ll got another email , and the instructions in that email told us to answer the quiz yang mana dah ditetapkan masa dan hari untuk menjawab quiz tu. Maaf aku tak ingat sangat berapa soalan keseluruhan dan berapa masa yang diberikan. Tapi kalau tak silap aku, ada 2 bahagian : 1 bahagian berkaitan soalan macam maths dan satu lagi soalan tu aku tak ingat ( tapi lebih kepada logic lah ). Dan masa yang diberikan kalau tak silap aku sejam ( jangan risau ada jam dekat tepi soalan) . Masa jawab quiz ni janganlah pi mana-mana nasihat aku. Duduk depan computer dan jawablah anda. Time aku dulu soalan maths tu susah sangat tak terkata ( sampai aku hentam ja lah semuanya ). Ada satu dua soalan ja yang senang dan boleh kira. Yang lain majoriti aku pun tak tahu macamana nak kira ( maybe yang terror maths and addmaths tu confirm boleh jawab ). Untuk bahagian kedua pulak kalau tak silap soalan lebih kepada logic. Opps lupa nak bagitahu semua soalan dalam Bahasa Inggeris, jadi quit difficult jugak lah. But in the end, rezeki tak menyebelahi aku, aku disqualified untuk ke peringkat seterusnya. Bukan rezeki aku lagi.

Lalu, ada pinjaman boleh ubah under yayasan bank rakyat (https://www.yayasanbankrakyat.com.my/ ) tapi aku tak sempat mohon . sebab prosedur yang agak rumit , plus kena ada akaun simpanan bank rakyat, saham, dan kena upload dokumen-dokumen ke dalam talian. Memandangkan waktu tu dah nak masuk u, jadi aku malas nak susahkan diri aku untuk apply pinjaman tu. Before that, untuk pengetahuan korang ja lah, pinjaman YBR ni sangat untung kalau korang habis belajar dan grad dengan pointer CGPA 3.75 dan ke atas atau senang cerita kau grad 1st class degree, confirm terus jadi biasiswa. Tapi jangan risau, kalau bawah dari tu ada discount jugak berdasarkan range pointer yang telah ditetapkan. So jangan lepaskan peluang ni ok, inshaallah kali ni bukak ( sekarang dah bukak uolls so cepat-cepat isi) aku pon ingat macam nak mohon jugak J

Selain itu, aku ada mohon biasiswa Yayasan Peneraju Tunas Potensi (http://www.yayasanpeneraju.com.my/peneraju-tunas-potensi.php ) yang berkolaborasi dengan Yayasan Sime Darby. Aku apply this scholarship during the 2nd semester dan beberapa minggu atau sebulan selepas tu aku dapat emel untuk panggilan temuduga. Okay, cara nak isi borang biasiswa ni, korang kena alert tarikh dibuka permohonan. Under yayasan ni ada banyak biasiswa dan bantuan pendidikan yang diberikan, antaranya ada untuk lepasan spm, stpm samada untuk di dalam atau luar negara. Benda yang kena buat Cuma selalu buka link website yayasan dan tengok bila tarikh open scholarship. Selalunya kalau macam biasiswa untuk lepasan stpm/degree student ni dalam bulan februari macam tu, untuk SPM pulak ada yang guna keputusan percubaan ( samada bulan feb/mac macam tu lah – sorry tak ingat sangat) . so, untuk scholarship yang macam aku just isi borang online macam biasa. Kalau berjaya dan layak, korang akan dapat emel untuk temuduga. Waktu dapat emel ni, aku dah gembira sangat-sangat sebab aku dapat peluang untuk dapatkan tajaan yang lebih baik. Time tu seminggu sebelum cuti pertengahan semester aku dapat email, dan tempat temuduga tu dia Sunway University, pada 23 Mac kalau tak silap aku. Interview yayasan ni macam mana ? okay, waktu ni yang sama fakulti dengan aku , ada sorang yang dapat jugak . alhamdulillah same  day with me, and same interviewer with me.

Pada hari tersebut, kami semua calon-calon yang akan ditemuduga dihimpunkan dalam satu dewan dan diberi taklimat. Yang beri taklimat pada masa tersebut kalau tak silap pegawai dari yayasan sime darby. Puan ( tak ingat nama ) , dia bagitahu biasiswa ni diuruskan oleh yayasan tunas potensi dimana yayasan yang menguruskan pemilihan pelajar,manakala dana disumbangkan oleh yayasan sime darby. Setiap pelajar yang terpilih akan mengikuti kursus / kem setahun sekali bagi memantapkan Bahasa inggeris serta kemahiran-kemahiran yang lain dll lagi yang diberitahu. Manakala, pegawai yang bertugas waktu tersebut memberitahu kami semua peringkat-peringkat temuduga di mana terdapat 2 sesi. Sesi pertama ialah pemeriksaan dokumen. Sesi ni untuk periksa sama ada maklumat yang diberikan tepat dan selari atau tidak dengan dokumen yang diberikan. Time ni interviewers( adalah dari kalangan senior yang menerima biasiswa ni so don’t get too nervous ok). Selepas tu, akan dibawa ke bilik lain di mana dalam bilik tersebut terdapat 5 orang interviewers. Setelah habis interview, semua pelajar dikehendaki untuk menyiapkan esei yang diminta pada awalnya di mana setiap pelajar perlu menyiapkan esei yang berkaitan dengan yayasan sime darby ( kbat – untuk lihat cadangan dan penambahbaikan yang boleh dibuat oleh pihak mereka). Jadi, time ni akan ada 5 aspek atau ciri kalau tak silap dari sudut pendidikan, sosio-budaya, sukan, alam sekitar dan lagi satu aku lupa ;P . Kalau korang langsung tak ada idea, korang jangan susah sangat nak memikirkan idea yang gempak just siapkan esei tu . untuk makluman, kalau tak silap aku, esei ni tak akan dikira markah (ikut apa yang diberitahu ).

APA YANG DITANYA DALAM TEMUDUGA ?
  •        Mostly about your background life and family
  •        Pengalaman
  •        Aku kena tanya apa maksud INTEGRITI (kaitkan dengan pengalaman hidup)
  •        Tentang course yang kita ambil , apa hala tuju kita selepas habis degree
  •        Macamana kita improve English
  •        Soalan yang ingin ditanya kepada interviewer


Tips temuduga, time masuk kalau dia tak kata duduk jangan duduk. Once dia kata duduk, baru duduk ataupun u can ask to him, may I sit ? lepas tu, tunjuk konfiden anda dan sentiasa senyum. Time aku interview , dia tanya Bahasa Melayu tapi aku jawab Bahasa Inggeris . Alkisahnya bukan sebab nak tunjuk terror English haha ( aku muet band berapa ja ) , tapi sebab kalau tak silap aku waktu taklimat puan tu ada cakap interview akan dijalankan dalam Bahasa inggeris, so aku pun balas jawab soalan dalam inggeris. And in the end interviewer tu bagi compliment, pegawai tu kata “ u have ur own confidence. I ask u in malay but u answer it in English” . Alhamdulillah dia puji jugak saat akhir waktu dah nak habis temuduga tu. Biasiswa nil ah aku harap sangat-sangat dapat. Keputusan tak dapat tahu lagi. Rasanya pertengahan julai atau awal bulan ogos baru tahu. Jadi, doakan saya ( Nazirah ) supaya dapat biasiswa ni ya.

Yang lain, aku ada apply pinjaman boleh ubah JPA jugak (http://esilav2.jpa.gov.my/.) Pinjaman ni akan bertukar jadi biasiswa kalau nanti kerja dengan gov. selalunya pinjaman ni akan dibuka bulan 5, dan dibuka dalam masa seminggu atau 2 minggu. Jadi, kena cepat isi. Isi borang online saja tak perlu untuk upload apa-apa dokumen seingat aku lah. Pinjaman ni taka da interview, jadi kalau korang punya pointer semasa 3.00 keatas try lah mintak, kalau ada rezeki boleh dapat. Keputusan untuk iv ni bulan 8.

So, aku dah habis cerita  biasiswa dan pinjaman apa yang aku minta. Kalau korang tanya aku , which one yang aku nak ? aku paling nak yang yayasan peneraju. Sebab ada banyak benefit biasiswa tu. The 2nd aku nak pinjaman JPA incase kalau aku tak dak rezeki nak dapatkan biasiswa yayasan peneraju. Jadi, doakan aku ya. Aku pun doakan korang semua jugak. Ada apa-apa soalan berkaitan dengan apa yang aku ceritakan, boleh komen dekat bawah ya. Terima kasih kerana membaca. J
Ni waktu pergi interview biasiswa yayasan peneraju

Comments