SECEBIS TIPS UNTUK BERJAYA


Assalamualaikum semua. 

Sebenarnya agak lama aku tak update apa-apa di blog ini. Maklumlah followers pun tak ada ☺️lagipun blog ini sekadar untuk berkongsi, mencoret sesuatu bila aku terasa nak menulis. So, aku nak kongsi secebis tips untuk berjaya yang aku amalkan sepanjang Semester 1 hingga 6. Ini antara yang aku amalkan sepanjang aku belajar sejak zaman STPM lagi. Mungkin ianya "menjadi" bagi aku, dan tidak pada orang lain, tapi tak salahkan untuk berkongsi? Mungkin ada yang memang sejenis seperti ku cara belajarnya. 


                                                PERKONGSIAN SANTAI 
T: Bila hampa nak share tips dekan pulak?
Haa jadinya saya terpanggil untuk kongsikan beberapa tips yang saya amalkan di setiap semester. Apa yang saya amalkan mungkin kelihatan biasa. Jadi, apa yang saya nak beritahu, ini apa yang saya buat. Lain orang lain caranya. Jadi, terimalah perkongsian saya ini.
Siapa yang tak nak dekan setiap semester? Semua orang nak, termasuk diri ini. Tapi, rezeki manusia lain-lain, ada yang dah berusaha sehabis mungkin, tapi masih tak dapat apa yang dia nak. Ada yang kurang usaha, tapi dia dapat apa yang dia nak. Jelas kat sini, rezeki Allah tak kan salah alamat, Allah akan bagi pada waktu yang tepat. Jadi, jangan sangsi dengan takdir Allah. Yang penting, kita berusaha sehabis baik untuk berikan yang terbaik. 


 Keputusan ini bukan untuk riak atau taajub, tapi ianya adalah pembakar semangat untuk aku buat yang lebih baik pada semester-semester berikutnya. Semoga ia menjadi inspirasi buat kalian semua.

Ini serba sedikit tips belajar yang saya amalkan sepanjang 4 semester belajar di UM. Saya fokuskan kepada 10 tips utama.
1) Sediakan buku nota khas
Ni wajib anda buat. Untuk setiap subjek perlu ada buku nota khas. Seharusnya anda tak sekalikan kesemua subjek dalam satu buku nota yang sama.. Tambah2 jika tiada partition antara setiap subjek. Kenapa tak boleh? Sebabnya di kemudian hari, anda akan rasa serabut dengan nota-nota sendiri. Ya lah kalau dibuatnya helaian pertama nota subjek sejarah, helaian kedua nota subjek English. Dah bercampur aduk, dan tiada penyusunan nota yang baik. Jadi, untuk lebih memahami nota kita, lebih baik kita sediakan buku nota khusus untuk setiap subjek tersebut. Contoh, kita ambil 6 subjek, jadi sediakan 6 buku nota. Tak mahal, ala beli yang kedai eco rm2.00 tu jaa. Tak salah nak bazirkan duit untuk beli buku nota, dari membazir beli benda yang tak berfaedah. 🤭 Jadi, bila dah ada buku nota, catit apa yang lecturer ajar dalam buku nota. Jangan lupa tulis tarikh. Senang kita nak rujuk incase kalau ada nota kita tak lengkap, boleh bertanya dengan kawan-kawan yang lain. Cakap pasal nota, ada orang sejenis yang suka nota lawa-lawa, tulis kemas-kemas, tapi bagi saya time catit nota tu, tulis saja tak yah kisah kemas ke tak. Sebab kalau lambat tulis, nanti tercicir apa yang lecturer ajar. Dan kalau anda rajin, buatlah nota tu balik selepas kelas bagi cantik-cantik. Tapi, saya bukan sejenis tu, asal saya faham dan boleh baca, kira dah okay. Asal ada nota apa yang pensyarah ajar time kuliah.
2) Fokus dalam kelas
Haa ni penting sebab apa, kalau kita fokus, kita dapat catit apa yang dr ajar, kita faham apa yang kita belajar. Lumrah pelajar kalau ada kelas yang bosan, tapi tu bukan asbab untuk pelajar tak fokus dan tak hormat lecturer, seboring apa pun subjek tu, mesti fokus. Sebab kadang-kadang apa yang dr ajar tu lah yang akan masuk dalam final exam. Kadang-kadang dr dah bagi hint apa yang akan masuk dalam exam, cuma kita perasan atau tak (sesetengah saja🤭)
Tambah-tambah kalau subjek yang betul-betul susah dan memerlukan pemahaman secara langsung dari lecturer, kalau kita tak faham boleh bertanya terus. Mungkin ada segelintir akan kata, kalau tak faham boleh tanya kawan, tapi kalau kawan pun tak fokus dan tak faham, macam mana? Haa fikir-fikirkan lah ya 😅🤔
3) Ulangkaji past year question
Saya selalu di awal semester cari past year question. Awal-awal semester, tengah belum ada assignment lagi, sibuk-sibukkanlah cari past year question setiap subjek, dan tengok bentuk soalan bagi setiap subjek. Atleast kita dah faham macam mana soalan final exam nanti. Dan tak lah last minute time study week, baru nak cari past year question. So, kita prepare awal. Kita kaji soalan apa yang selalu berulang, kita tengok pattern soalan. Kadang-kadang soalan final exam, soalan yang naik lebih kurang sama. Tapi bergantung jugak kepada subjek yang diambil. Contoh, macam subjek usul tafsir, ulum quran, usul dakwah, selalunya soalan lebih kurang setiap semester (baca : lebih kurang tak bermaksud sama) cuma ada beberapa soalan yang diulang kembali.
4) Jangan kedekut
Eh apa pulak kedekut ni? Haa ada macam-macam. Kedekut boleh jadi, kita tak nak share nota dengan kawan sebab dia tak fokus dalam kelas, dia tak sempat nak catit nota lecturer, tapi kita ada penuh. Why not kita berkongsi? Tak berkurang sedikit pun dari nota tu. Atleast kita dapat pahala jugak sebab bantu dia.
Jangan kedekut jugak bila kawan tak faham dan minta diajarkan. Apa yang kita faham, cubalah kita kongsikan dengan rakan-rakan yang kurang faham. Ni tips yang selalu saya amal, bila kita berkongsi, kita ajar orang lain, memori terhadap apa yang kita ajar tu semakin kuat.. Dan senang untuk kita lebih ingat.
Yang lebih penting, kalau-kalau kita ada terjumpa bahan bacaan tambahan berkenaan suatu tajuk yang kita belajar atau something yang berkaitan dengan apa yang lecturer ajar, kita kongsikanlah. Jangan fikir kalau kita ja yang ada, untung diri sendiri. Sebaiknya kita kongsikanlah, supaya orang lain pon dapat manfaat yang sama.
Dalam hidup ni satu ja, kalau kita kedekut kita yang rugi. So, berkongsilah.
5) Jaga carrymark
Ni penentu result anda sama ada nak A, B, C dan lain-lain. Carry mark ni apa? Assignment, presentation, mid term test.. Haa semua ni penting. Sebab apa? Di sebalik apa yang kita usahakan untuk final exam, carry mark penentu kepada result sesuatu subjek. Hipotesisnya begini, semakin tinggi carrymark, maka semakin tinggi peluang untuk dapat A atau keputusan yang lebih baik. So, jangan buat main-main dengan carrymark. Time mid tern test, buatlah macam final exam. Jawab sehabis baik meskipun markah hanya 10%.
Assignment sangat penting. Bila bercakap pasal assignment terutamanya assignment secara berkumpulan, saya nasihatkan carilah rakan-rakan yang anda betul-betul boleh bekerjasama melainkan kumpulan yang dah ditetapkan. Ini sebabnya, kita dah faham cara kawan kita bekerja, dan dia faham cara kita bekerja. Dan seandainya, kita dapat ahli kumpulan yang "lambat buat kerja", kita kena pandai untuk suruh dia buat kerja. Fikirkanlah apa-apa cara yang dapat bantu dia untuk gerakkan kerja.
Jangan plagiat. Penting bila siapkan assignment, tolong jangan plagiat sebiji-biji dari buku atau pak cik google. Cubalah alihkan ayat, tukar cara penulisannya.. Asalkan bukan plagiat.
Presentation. Pastikan kita betul-betul bersedia sebelum presentation. Sebab markah presentation pun bagi sumbangan yang cukup besar kepada markah keseluruhan subjek nanti.
So, overall nak kata carry mark ni jangan buat main-main. Penting untuk kita pastikan markah carrymark kita yang terbaik.
6) Jangan sombong
Bila kita tak faham sesuatu, jangan jadi sombong tak nak bertanya. Jangan rasa orang lain akan mengata kita sebab kita tanya soalan yang remeh temeh. Tanya saja, kadang-kadang apa yang kita tanya, orang lain tak tahu pon jawapannya. Bak kata pepatah, "malu bertanya sesat jalan, jadi kalau tak faham apa-apa mengenai pembelajaran, tugasan, segera bertanya kepada pensyarah.
Boleh jugak bertanya kepada rakan-rakan yang lain, tapi kalau kawan pun tak tahu, jangan takut dan sombong untuk bertanya dengan pensyarah.
Lagi, jangan sombong dan riak dengan pencapaian diri sendiri. Takut-takut Allah tarik kefahaman kita sebab kita riak dengan apa yang kita ada. Jadi, keep humble ok 
Selain tu, jangan sombong dengan kawan-kawan dan orang lain. Bukan apa, kita tak tahu asbab kita berjaya mungkin dari doa orang sekeliling kita juga. Jadi, berbuat baik dan jangan sesekali sombong.
7) Buat revision sebelum masuk kelas
Penting sebelum dan selepas kelas untuk kita buat ulangkaji. Habis ja belajar suatu tajuk, kita ulangkaji balik, supaya kita faham dan bertambah ingat apa yang lecturer ajar pada haritu. Atleast esok hari, bila lecturer tanya, kita boleh jawab. Dan juga supaya kita tahu apa yang kita belajar. Tak lah nanti kita tertanya-tanya, apa lah yang belajar sepanjang sem ni? Sebelum masuk kelas juga, bagus untuk kita ulangkaji terlebih dahulu tajuk yang akan belajar nanti, so nanti dalam kelas kita akan lebih faham, dan boleh tanya apa-apa soalan yang kita tak faham berkaitan subjek tersebut.
8) Fokus sebulan sebelum final exam untuk full revision
Sebolehnya, dalam masa sebulan sebelum final exam ni, kita dah boleh mula fokus untuk buat revision subjek-subjek yang susah. Kita fahamkan subjek-subjek susah terlebih dahulu. Kalau saya, saya akan utamakan subjek susah terlebih dahulu kemudian baru tumpukan untuk subjek yang kurang susah. Dalam masa ni juga, kalau ada apa-apa persoalan yang timbul berkaitan subjek tu, gunakan masa yang ada untuk bertanya.
Tips untuk ingat bila study, saya selalu akan highlightkan point yang penting. Dan saya akan ingat point yang penting. Kemudian, fahamkan huraian untuk point tersebut. Dan saya selalu ceritakan apa yang saya faham kepada rakan-rakan yang lain.
Begitu juga, dengan subjek yang bahasa pengantarnya Bahasa Arab, saya akan fahamkan terlebih dahulu isi tersebut sebelum menghafal.
9) Jaga keberkatan
Bercakap tentang soal keberkatan ni, sangat-sangat penting. Dan ianya berkait dengan orang sekeliling kita.
Hormat pensyarah yang mengajar, supaya ilmu yang kita belajar tu berkat. Dalam kuliah, walau bosan macam mana sekali pun, jangan buka hp. Dengarkan saja apa yang pensyarah tengah ajar.
Kemudian, datang kelas awal. Kalau kelas start pukul 9, jangan datang tepat pukul 9. Awalkan 10minit, atleast kita yang menunggu pensyarah, bukan pensyarah yang menunggu kita. 
10) Tips motivasi
Sentiasa pasang niat dan azam. Di awal semester, set kan azam dan niat. Letak aim kita nak score berapa untuk semester tersebut.
Bila rasa down dan malas, ingat balik dah berapa banyak tenaga, masa, wang yang kita habiskan untuk sampai ke tahap ini. Tak kan kita nak persiakan macam tu ja? Ingat mak ayah, pengorbanan mereka. Pengorbanan guru-guru yang dah mengajar kita selama ini.
Dan akhir sekali, ingat kita yang memilih perjalanan kita. Kalau kita memilih untuk berjaya, semestinya kita perlu berusaha untuk ke arah kejayaan. Bertindak awal sebelum menyesal di kemudian hari.
All the best, semua. 💪🏻 Ingat, kita hanya akan gagal sekiranya kita berhenti berusaha.

"If you fail to plan, you plan to fail"
Nazirah Al Nasuha,
Mahasiswi Tahun 3 JSTI APIUM.


                                    Ini antara doa yang aku selalu amalkan setiap kali belajar




Comments